Kopratasa - Aku Bukan Musuh Harta

Heboh!!lebih hangat dari Mawi & Ekin kawen!Mantan Mufti Perlis Dr.Asri Zainul Abidin penulis lirik "Aku Bukan Musuh Harta" pula ceriakan berita semasa lagi sensasi... pannaasss...Dalam paper 20/12/2008 RTM meng "haram" kan lagu dari nyanyian Kopratasa -Aku Bukan Musuh Harta.Alasannya lirik dalam lagu tersebut "kasar".itu kata Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran RTM.

Pada 21/12/2008 Dr.Asri yang kini berada di Lampeter,United Kingdom bagi menyambung pembelajarannya,kesal dengan tindakan RTM.Menurutnya tiada sebab untuk RTM meng"haram"kan lagu tersebut,kerana liriknya untuk memberi kesedaran kepada semua pihak membasmi kemungkaran & ia memberi maksud yang baik iaitu memberi peringatan kepada sesiapa sahaja yang berurusan dgn harta awam & rakyat supaya tidak menyalahgunakannya.

Jika dipikirkan apa lagi alasan RTM untuk mengharamkan lagu tersebut!tak kan disebabkan lirik nya kasar sahaja!sedangkan lagu-lagu rock lain yang keras lagi menyakitkan telinga tidak di "GAM" oleh RTM.Kenapa?

Adakah org RTM yang "Kaya" tu terasa pedas dengan lirik Dr.Asri ni?
entah aku pun heran!RTM selalu peningkan kepala aku sejak dari dulu lagi.Post kali ni aku letakkan lagu - Aku Bukan Musuh Harta beserta lirik nya sekali.Jika RTM haramkan,blog aku di halalkan untuk tatapan pengunjung.


Aku Bukan Musuh Harta - Kopratasa

Lirik : AKU BUKAN MUSUH HARTA

Mereka kata:
Mengapa kita tidak kaya raya?
Tengoklah si fulan itu, bermewahan saja..
Aku bertanya: apakah caranya untuk aku kaya?
Tapi.. secara mulia dan tanpa berdusta

Bukan kita tidak tahu
Jalan, denai dan liku
Agar harta ditemu dan disapu
Tapi semuanya cara palsu dan tipu..

Bukan kita tidak mahu,
Tapi kita tidak mampu,
Takut dan terkedu
Mengenangkan Yang Maha Satu
Yang Tiada BagiNya sekutu

Ya, telah kaya para pengkhianat,
Dengan harta yang sarat,
Tapi mereka lupa akhirat,
Balasan yang berat,
Di dunia, jiwa bertukar menjadi keparat

Ya, telah kaya para pendusta,
Syarat mereka; lupakan Yang Esa,
Harta rakyat, semua disebat
Harta awam, semua dibekam
Hukum syaitan, mereka bertuhan

Kita pun ingin kaya,
Ada harta, ada kereta yang istemewa,
Ada rumah mewah yang melimpah,
Ada hidangan yang bukan sebarangan,
Ada duit yang bukan sedikit

Tapi, jalannya hendaklah suci,
Bukan seperti seorang pencuri,
Jika ada jalan yang mulia,
Dihujungnya ada harta,
Tunjukkan kita, di mana saja
Kita bukan musuh harta,
Kita cuma musuh pengkhianat bangsa
dan Negara,
Apatah lagi pengkhianat agama…


2 comments

pockids said...

asal klate..kedai kat tganu

na3ri said...

oic...tpi ape kaitan ngan topik kita kali ni ek..hehehe..

Post a Comment

.

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak
 

Rakan

Free Website Hosting

sms 4 marketing
Revolusi Teknologi SMS
Kelantan Bloggers