Kapit & Celcom 3G

Fuh!!...berita baik untuk warga Kapit,Sarawak & seangkatan dengan nya.Kini bandar Kapit dah diliputi 3G!!Walaupun tempat ko orang dah lama dah ada 3G tapi aku bangga Kapit pun ada jugak!dah lama aku tunggu ini semua...akhirnya Celcom pasang gak mendalaah 3G ni.

Kapit tak la sehebat bandar besar di Sarawak,seperti Sibu,Kuching & Miri.Itu tak dapat dinafikan.Untuk sampai ke daerah Kapit ni ko orang perlu mengharungi sungai Rajang!Sungai terpanjang di Malaysia dengan ukuran 563KM dari Banjaran Iran di tengah pulau Borneo ke Laut Cina Selatan di Barat.

Dan jalan utama untuk ke bandar Kapit adalah sungai,masih tiada lagi jalan darat untuk ke sini.Pengangkutan utama nya adalah Bot Express berkelajuan 15-30 kuasa kuda bergantung jenis bot.Untuk ke sini ko orang perlu ke Bandar Sibu terlebih dahulu & mengambil masa 3 jam untuk sampai di Bandar Kapit.Naik bot express 3 jam tu....penat la jugak!



Adanya 3G di Kapit ni sekurang-kurangnya memberi peluang generasi muda di Kapit untuk menikmati kemajuan teknologi & secara automatik mereka tidak berada di takok lama.Mana tak nya,nak keluar dari bandar Kapit kena naik bot express berjam-jam,bot plak bukanya beroperasi 24jam sehari,cuma ada beberapa trip sahaja.Sebelah petang & malam bot-bot ni dah "tidur".Bukan kah itu menyusahkan penduduk bandar Kapit untuk berinteraksi dengan dunia luar!

Tahniah-tahniah untuk Celcom kerana sedar akan kewujudan Kapit & kepada warga Kapit gunakanlah teknologi ini sebaik mungkin,jangan lagi ditenggelami oleh Rajang!itu sahaja coretan aku untuk kali ini.Piss no War!!"kalau nak 3G ngan aku silakan lah...aku pun leh 3G gak!" <:P




0 comments

Post a Comment

.

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak
 

Rakan

Free Website Hosting

sms 4 marketing
Revolusi Teknologi SMS
Kelantan Bloggers

click here for search engine optimization guide
Provided by www.na3ri.blogspot.com ~~ Nov 2008 directory.