FUh!!Assalamualaikum...lama sungguh tidak update blog nih...dah macam umah burok yg ditinggalkan org..kekangan masa...kesibukan membuatkan aku tak dapat jengok blog yg aku cipta dulu nih..Sekang baru rasa telintas nak masuk kan fakta atau cuma auta aku jer...Ok kali ni aku cuba nak ketengahkan hobi aku...bleh dikatakan hobi la kot...
OK...ini cincin besi kursani...ikatannya adalah perak dan dilekatkan besi kursani yang dibuat bentuk keris.Khasiatnya menurut orang dulu-dulu boleh menjadikan kulit pemiliknya menjadi kebal.ada sesetengah mengatakan boleh menundukkan atau boleh membuat kan orang akan terasa hormat kepada pemilik kursani.Sejauh mana kebenaranya kita perlu dapatkan dari yg lebih arif.Kursani milik aku ini seakan-akan warna tembaga,jika digilap lagi warna nya akan lebih menyerlah.seperti warna keemasan.Dengan harga RM120 aku beli dengan seorang yang aku panggil PakCik yg agak banyak aku timba ilmu dari nya & orang nya cukup aku kagum....
Khasiatnya aku pernah alami.. itu mungkin secara kebetulan sahaja...tetapi perlu kita ingat segala isi perut bumi ini, Allah cipta ada khasiatnya tersendiri dan semua khasiat ini adalah hanya dengan izin Nya sahaja.Tanpa IzinNya ubat batok cap ibu & anak pun tak dapat sembuh kan batok kita...Ok lah..untuk kali ini kursani sahaja dapat aku publishkan kat sini.Mungkin lain hari..lain waktu akan menyusul lagi.
InsyaAllah kalau kita selalu beramal dan yakin dengan Allah...Allah akan bantu kita...
Cincin ada khasiat
Labels: fakta/autaAnda nombor BRape?
Labels: fakta/autaSubject: mari tgk anda nombor brape??
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.
no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.
- BERKELAKAR FIKIRAN MEKAR--KUNCI KEMESRAAN -
Kucing Jantan!
Labels: fakta/autaPaparan saya, Tafsiran anda... just for release tensionn..!! ! dont take seriously...ater namenye fakta @ auta....
Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?
1)Kucing jantan suka dibelai ~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke...
Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka wanita yang kasar.
2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar ~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.
Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.
3) Kucing jantan kuat tidur ~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sangat, tapi bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.
4) Kucing jantan kuat merayap ~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???
TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.
5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik ~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu,sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.
6) Kucing jantan tak suka dipaksa ~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.Bagi dia space, tapi dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.
7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity) ~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.
8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka ~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!
9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling ~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia tak nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.
10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina ~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tapi ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la).
Agak-agak la,lelaki macam kita ni sama dak ngan kucing jantan tu...pastu kucing betina sama dak ngan pempuan?Ini fakta atau pun auta?Gua pikir sendiri lu pun pikirlah sendiri!
7 Jalan Paling ajaib dalam Dunia
Labels: fakta/auta1- Buenos Aires - jalan paling lebar didunia 300feet
2- Swindon , England - roundabout paling memeningkan dalam dunia.
3- San Francisco , USA - jalan paling bengkang bengkok dlm dunia
5- Dunedin , New Zealand - jalan paling curam dalam dunia
6- Castletown , England - jalan paling sempit
7- Toronto , Canada - Jalan paling panjang dalam dunia...( 1,178 miles or 1,896km) = Younge Street
Read More »»
Surat cinta!
Labels: fakta/auta"Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang. Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang maneerkkite sayang kat ayang?
Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah ke?Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahukite:
1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat AnugerahDekan.Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite repeat paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang,keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.
2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buahepal,kita bagi yang besar kat ayang.
3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.
4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang takcun.Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite,kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kitediamje. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.
5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.
6. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade girlfriend. Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha.
7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanyapun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi nak kene reject.
8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite,kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar,nakpukul?
9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.
10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate hargaRM30.Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300.
11. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.
12. Aritu ayang peluk kite kate nak sangat romen ngan kite, kite kata tak boleh, dosa. Ayang kate kite tak sayang ayang. Pastu semalam ayang pakse kite romen ngan kite. Kalau tak ayang nak break ngan kite. Ok pukul 2 pagi kite sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli kondom. Ayang kate saje je nak test kite, pastu marah kite keji. Kite diam je duk tepi akuarium... tengok ikan emas tengah romen.
13. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru.Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.
14. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.
15. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat,member ayang ketawakan ayang.
16. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang,kite gak yang tido kat sofa.
17. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.
18. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pape pun. Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.
19. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau. 30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.
20. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat.
:: Nota Kaki ::
isk..sedey bace surat chenta camnie..lawak pun ade gak..moral of dastory..jgn ler kapel ngan org yg x reti hargai kite..hehu..
Kejam Sungguh!!
Labels: agama, fakta/autaIni lah manusia...bila nak buat "projek" bukan main lagi seronok!...nak!..nak!..Pempuan laki semua sama jer...
Si pempuang bodoh pi tayang body kat laki tu ape hal?pakai lagi skert pendek!baju ketat! sape tak geram!!Bodoh la laki tu!
Lapas buat "projek" buncit perut...pastu senang-senang je buang rata-rata!Ko ingat anak ko tu sampah!!...ko yang sampah sebenarnya!!!issshhh...kesian si anak..kalu yer pun tak nak...bagi la kp org yang bleh jaga....
Ko ni macam tak dak AGAMA!!



Untuk tayangan umum!Kepada bakal-bakal @ yang baru nak berjinak dgn "sampah" tu...pikir-pikirkan lah masa depan ko & anak ko nanti!!
Sejarah APRIL FOOL!
Labels: agama, fakta/autaAPRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!
Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi kepelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan drpd Risalah FikrahPeliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu ......rawahuttirmizi Illal Liqaq.
Kehebatan Agama ALLAH
Labels: agama, fakta/auta, politik



"Ya ALLAH Ya Tuhanku, Aku tidak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu diKelantan ini Ya Allah, kerna amat kuat serangan yang datang dari pelbagai cara, Oleh itu Aku meminta kepadamu Ya Allah, Kau pertahankan agamaMU sebagaimana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan tentera abrahah"- Doa Tok Guru.
Rakyat Kelate - GUA TABIK spring!! Read More »»
Raja Munirah Raja Iskandar
Labels: agama, fakta/auta"KUALA LUMPUR: “Raja Munirah kelihatan tabah dan tenang ketika hakim menolak rayuannya. Dia langsung tidak kelihatan terkejut atau sedih apabila mendengar hukumannya hanya dikurangkan 100 hari,” kata pelajar warga Jepun di Malaysia, Aki Uehara, 28."
Raja Munirah Raja Iskandar
Raja Munirah ....Seorang pelajar Malaysia yang terpedaya dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa....7 tahun lebih dia bakal meringkuk di penjara Jepun. Apa nak dikata?Kesilapan siapa sebenarnya.Dia masih bernasib baik jika dibandingkan dengan seorang lagi rakyat perempuan Malaysia di China yang bakal menunggu hukuman mati bagi kes yang sama.
Nama: Raja Munirah Raja Iskandar
Umur: 22
Lokasi: Kuala Lumpur , Malaysia
Profession: Mass comm student @ Limkokwing, part-time model, drug-trafficking suspect
Reason for being famous/celebrity:
Kena kantoi kat Narita International Airport , Japan cuba smuggle 690 gram dadah syabu. Claim innocent kena tipu dengan Milad, mamat Iran (most probably one of her bfs) suruh bawak beg dia gi Jepun bagi kat kawan dia. Pleaded guilty December 2006, kena jail 9 tahun. Bulan lepas appeal, court jepun tolak rayuan..kurangkan jail sentence by 100 days, so kena masuk dlm 7 tahun 1 bulan lagi. Sekarang tengah in process merayu to higher court on the jail sentence. Family ke hulu hilir mintak fund untuk tolong bayar kos guaman etc, telling people the daughter is a good kid and wouldnt do such thing. UMNO antara paling beriya nak tolong.
Note: Photos are taken from her own friendster account (yang dia access 2-3 hari sekali based on last login info).
komen aku - a picture paints a thousand word. if you wanna claim innocent, at least act innocent, comes to court in clean hands. photos mcm ni, kalau dalam legal term kita cakap incriminating evidence, pasal public boleh infer pasal character tertuduh and form their own judgement. she might be not guilty and memang kena tipu, tapi to me at least, she's not as innocent as what people try to say she is..
Read More »»
Surat dari IBLIS!!!
Labels: agama, fakta/auta(Surat Dari Iblis)
(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)
(Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi
aku harus forwardnya kerna catatan kecil dibawahnya)
****************************************
SURAT DARI SETAN UNTUK MU
Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu
Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.
Hai Bodoh, Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .
Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya
Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH
Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani
Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,
Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.
TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.
Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.
Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.
Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.
Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak .
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.
Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.
Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.
Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.
Menjolok Mata!!
Labels: fakta/autainilah dikatakan gambar menjolok mata!! auta ke fakta?
Bertudung tapi ke Gereja!
Labels: agama, fakta/autaFoto dibawah de kaitan dgn Artikel ni!!! 13 Julai 2006
Peguam Kes Murtad Shazalina/Linda Choy (Ust Zulkefli Nordin), beliau telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah,
TTDI Jaya, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/ IFC.
Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada
masa 6 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak.
Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar. Boleh hubungi Ust Zulkefli sendiri (0133998718) untuk penjelasan lebih lanjut,
pihak peguam Muslim memberi penerangan tentang perkara ini.
Apa bahayanya...?
1) Semua anak-anak selepas berumur 18 tahun bebas menukar agama, keluar masuk mana-mana agama macam masuk panggung
wayang. Mereka punyai hak untuk menukar perkataan agama di kad pengenalan, cuma mengisi borang di kaunter saja. Kalau sekarang,
mereka yang mahu menukar agama, ( menjadi murtad ) perlu memohon di jabatan Agama atau pihak berwajib. Diproses, kemudian
dikaunselling untuk beberapa tempoh oleh tertentu oleh beberapa siri ustaz-ustaz yang berwibawa untuk menyelamatkan akidah
orang-orang yang terkeliru ini..
Namun jika sekiranya kumpulan Artikel 11 atau IFC ini menang tiada lagi benteng rasmi terakhir kita.. Cuma itu yang kita ada sekarang.
2) Lahirlah keluarga -keluarga yang mempunyai pelbagai anutan dalamnya. Seperti di Jogjakarta..., hari ini semua Islam , esok ayah dan
anak hindu , lusa emak kristian...
Kubur boleh campur sebab dah tak ada pemisahan akidah yang sahih, itulah pengalaman kami di sana tempohari..
3) Banyak lagi hak-hak orang Islam yang tercabar dan akan di batalkan.
Apabila Rasulullah s.a.w . membawa risalah Islam, dan telah jelas pemisahan antara kebenaran dengan kebatilan, maka kebenaran itu
perlu dipertahankan, perlu dibela dengan sebaik-baiknya.
Bagi muslim, Islam adalah satu sistem yang datang untuk kesejahteraan semua manusia, malah seluruh alam ..tak kiralah samada
untuk Muslim atau bukan Muslim.
Islam tidak membenarkan umatnya didakwah atau diajak oleh orang bukan Islam atau orang kafir adalah kerana tidak mahu kita jatuh
semula dalam kebatilan dan kesalahan. Di sinilah ada undang-undang untuk menjaga kebenaran itu.
Islam sayang kepada mereka yang beriman, menjaga mereka , sebab kebenaran adalah sesuatu yang perlu dijaga.
Bagi mereka yang sudah mendapat kebenaran dan cahaya yakni beriman, kemudian menolaknya, menggambil yang batil, mereka ini
setelah dinasihati tapi terus mengkhianati kebenaran tersebut yakni Islam, maka wajarlah mereka dikategorikan sebagai pengkhianat.
Dan pengkhianat kepada kebenaran ini wajarlah mendapat haknya... yakni perlu dihukum. Dalam mana-mana golongan pun, pengkhianat
adalah lebih buruk dari musuh.
Sebab, musuh Islam mungkin belum menggenal apa itu kebenaran, tetapi pengkhianat adalah mereka yang menganiaya diri dan
membahayakan orang lain, menggancam orang ramai dan Islam itu sendiri.
Apa yang kita ada sekarang dalam realiti di negara kita alah sedikit ruang yang tertinggal untuk dipertahankan.
Setiap muslim yang bercita-cita untuk murtad perlu menjalani proses tertentu untuk menyelamatkan akidah mereka yang mungkin
terkeliru..dan realitinya tidak sedikit yang dapat diselamatkan.
Janganlah kita berpeluk tubuh.. masa untuk menjadi penonton atau orang yang tertidur tiada lagi...! Ketahuilah apa yang sedang berlaku
di Mahkamah Persekutuan hari ini adalah masalah kita dan masa depan aqidah anak-anak kita.
Sila sebarkan berita ini kepada semua orang Islam kerana isu ini amat serius...
APAKAH PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA??
KITA HANYA ADA DUA PILIHAN.....
1) MENYOKONG KUMPULAN ARTIKEL 11 SECARA TERBUKA ATAU SENYAP DENGAN TIDAK BERBUAT APA-APA....
ATAU BERSEKONGKOL DENGAN MEREKA.
2) MENENTANG KUMPULAN PELAMPAU INI (KUMPULAN ARTIKEL 11 ) SECARA TERSUSUN . MASING-MASING WAJIB
MENJALANKAN TUGAS DIBIDANGNYA . IMAM DAN KHATIB PERLU MENJELASKAN KEADAAN INI DI MIMBAR MESJID DAN
CERAMAH, GURU DAN PELAJAR DALAM KELAS, ORANG RAMAI MENGHADIRI PERBICARAAN DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN
K. LUMPUR, MENULIS DAN NETTER MENGHEBAHKAN, NGO MENGUTIP TANDATANGAN DAN MENGGHANTAR PETISYEN
KEPADA YANG PARLIMEN , PERSEMBAHKAN KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG DAN MAJLIS RAJA-RAJA YANG SEDANG
BERSIDANG, MENGAJAK YANG BERHORMAT DAN MENTERI MEMAHAMI MASA DEPAN KITA .. DAN BANYAK LAGI.



Umur & Roh
Labels: agama, fakta/autaAssalamualaikum wbth....
UMUR
ALLAH beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun...
1/3 Umur kita hilang kerana masa kecil ------dan
cari ilmu.....
1/3 lagi hilang kerana dok sibuk kerja..kahwin
....besarkan anak..
1/3 lagi sibuk kerana banyakkan harta....tambah bini...tambah
anak...tambah padang golf...lepas tu...mati....
Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada
untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin..
Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...
infiniti...
Semuga Tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah
untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
ROH
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyin.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut ke hendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada digunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wassallam.
p/s: Kalau rajin.Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.





















