Puan Sri Laila Taib meninggal dunia



PUAN Sri Laila Taib, 68, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, meninggal dunia di kediaman rasmi Ketua Menteri di Demak Jaya di Kuching, hari ini. Allahyarhamah, meninggal dunia pada 3.45 petang. Pegawai akhbar kepada Ketua Menteri, Amin Sahmat mengesahkan perkara itu. - Foto NSTP





KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, meninggal dunia pada 3.45 petang ini akibat kanser di kediaman mereka, Demak Jaya di sini.

Laila, 68, meninggalkan suami, empat orang anak, termasuk Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman, dan 15 cucu.

Mengesahkan berita itu, Setiausaha Akhbar Taib, Amin Sahmat, berkata upacara pengkebumian akan diadakan di perkuburan Islam Demak di sini pagi esok.

Antara kenamaan yang berkunjung awal memberi penghormatan terakhir di Demak Jaya petang ini ialah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sedang melakukan lawatan rasmi dua hari ke Sarawak, dan isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Laila, kelahiran Poland, dan Taib berkahwin di Adelaide, Australia pada 13 Januari 1959 ketika Taib sedang mengikuti pengajian untuk ijazah undang-undang.

Laila tiba di Sarawak pada 1962. Nama remajanya ialah Lejla Chaleck.

Sebagai mengiktiraf pembabitan aktif beliau dalam kerja-kerja kemasyarakatan, termasuk sebagai presiden Badan Amal dan Tenaga Sarawak (SABATI), beliau dianugerahi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang, yang membawa gelaran "Datuk Amar" pada 1988.

Beliau adalah juga Naib Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) (Pengerusi Jawatankuasa Wanita). Penubuhan Tabung Amal Kanser Laila Taib adalah satu daripada beberapa bukti tentang minatnya untuk membantu pesakit yang memerlukan dan menentukan aktiviti penyelidikan dapat dijalankan demi faedah rakyat. - Bernama

**sumber dari http://www.bharian.com.my

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah!Semoga Roh nya ditempat kan dikalangan orang-orang yang beriman....amiin...

0 comments

Post a Comment

.

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak
 

Rakan

Free Website Hosting

sms 4 marketing
Revolusi Teknologi SMS
Kelantan Bloggers

click here for search engine optimization guide
Provided by www.na3ri.blogspot.com ~~ Nov 2008 directory.